Ahad, 22 Mei 2011

PENGUMUMAN PENTING KEPADA SEMUA YANG ADA PERTALIAN DARAH NGN AIE/HERY


Assalamualaikum salam sejahtera
Buat pertamanya aie nk mohon maaf kepada semua adik beradik yang selama ini tertanya2 maupun tertunggu2 tentang pernikahan aie. pada mulanya aie ingin melangsungkan pernikahan di rumah relau, tapi atas dasar beberapa kesulitan dan setelah hampir seminggu ikhtiar berakhir dengan jalan buntu, aie terpaksa mengubah ke plan b yang mana pernikahan akan di langsungkan di rumah sepupu nazira di nilai negeri sembilan pada 27hb Mei 2011 JumaaT jam 5 petang.
insya allah pada malamnya akan diadakankenduri kesyukuran buat saudara mara terdekat. insya allah juga, kenduri sebenar akan di langsungkan pada bulan 12 nanti...

mungkin ramai diantara kalian tertanya2 atas dasar apa aie ttiba ingin bernikah awal, terlanjurkah? sebenar2 dan seikhlas2nya aie berniah awal nie adalah bertujuan untuk mengelak diri dari kancah maksiat, dnia hari ini paham2 je lah, lagi pon saudara mara kita kan anak ramai2 belaka, seharusnya makin paham lah..hehe... aie jugak yakin reeki lebih dipermudahkan apabila aie bernikah nanti tu ja reason aie.

akhir ata sekali lagi aie mohon maaf kepada saudara mara yang terlewat untuk menerima perkhabaran ini, yang dok belah utara tu, jgn la susah2kan diri datang, insya allah kenduri kesyukuran di belah penang jugak aie akan buat, sekian wassalam.....

Rabu, 11 Mei 2011

Sekelumit Kata Secuit Rasa


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

Jangan Ada Benci

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

permulaanku berblog

Dilahirkan kedunia, aku bersyukur kehadrat illahi mengizinkan aku menghirup udara di dunia sementara ini.menjadi anak kepada sepasang kekasih, yang membina perhubungan rumah tangga atas dasar cinta, atas dasar menggapai syurga, mengimpi melahirkan zuriat yg bakal mewarisi wasiat para anbia, aku kagum dengan nilai percintaan yang dibina kalian, ayah dan bonda.sejak dilahirkan, aku diselimutkan dengan kasih sayang oleh kalian, segala keinginan ku dipenuhkan, tidak kurang juga didikan agama mengisi kekosongan jiwa, alhamdulillah atas jasa kalian, aku kini bergelar seorang insan yang hidup berlandaskan al quran. tapi tuhan lebh meyayangi dirimu ayah, usiaku batu menjengan 20 tahun, kau telah pergi mnghadap illahi, meninggalkan aku sebagai penguat semangat kepada bonda dan adik2. berat sungguh tanggungjawab yang ditinggalkan untuk diriku pikul ayah.

2 bulan pemergianmu, mungkin tuhan mendengar tangisanku hampir setiap hari, aku di hadiahkan dengan perkenalan dengan seorang insan, dan ingin aku selitkan disini, kehadiranya bagai membakar kembali lilin yang terpadam dalam diriku, terang kembali kehidupanku. Didalam kegembiraan, aku mengikat tali pertunangan denganya, sehari sebelum genab pemergianmu 1 tahun. Ada yang menyanggah aku gopoh, ada yang berbisik aku masih tidak matang, tidak ku hiraukan, kerna aku mewarisi semangatmu.

selang beberapa hari sahaja lagi, genab lah perkenalanku denganya 1 tahun, tapi ibarat pepatah, jangan disangka panas sampai kepetang,lilin panjang yang dibakar dia mulai merapat lantai, begitulah nasib yang sedang menimpaku kini. kekadang aku melengu bingung, didalam keserabutan menempuh seribu satu masalah, kenapa aku makin ditubi dengan masalah ini.

mungkin sebelum ini aku kuat menggenggam semangat hidupmu ayah, tapi hari ini aku amat lemah, terlalu lemah dan amat tidak terdaya menempuh ujian ini. aku juga sering terpikir ayah, mungkinkah segala keserabutan ini terjadi sebagai mengkifaratkan dosa2 ku?? mungkin jua ayah.... tuhan tidak mahu aku berdepan menghadapnya dalam keadaan kotor dan hina... aku terima ini ayah...

Melalui di pinggiran kuburanmu, aku menjengah, masih ada ruangan kosong di sampingmu, indahkan andai nisanku yang terpacak di situ,mungkin tidak lama lagi, aku akan kembali berada disisimu menemani dirimu ayah, disana keluarga kita akan kembali bersatu, disana bukan lagi ukiran2 kenangan yang menipu, dan yang pasti disana bukanlah sebuah mimpi, tapi realiti yang pasti... aku amat merinduimu ayah....