Jumaat, 3 Jun 2011

Keberkatan Akad, Dan Mengapa Aku Bernikah Awal


Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga ku panjatkan kepada allah yang esa kerna diatas kurniaan telah sempurna pernikahanku dengan insan pilihan hati wan nazira binti matsun. walaupun perhubungan kami baru menjengah usia 1 tahun, tapi allah maha adil maha memahami isi hati kami menemukan jodoh kami di awal usia 21 tahun. Mungkin sebelum ini kami masing2 hidup sendirian, tercari2 haluan hidup, tetapi ia telah jauh berbeza kini, aku merasakan hidup kami kian sempurna.. dan seperti yang allah janjikan, akan dibukakan pintu2 rezeki bagi mereka yang membina masjid demi mencari keredhaanya, aku bagai boleh tersenyum lebar denga rezeki yang kian mencurah2 kini.. di situasi sebelum ini, ada yang memuji, ada yang mengherdik, ada yang merestui, ada yang meghalangi pernikahan kami , dek kerana usia terlalu muda, dek jua kewangan yang masih belum bertapak. tapi aku adalah aku, aku hanya berpegang pada pendirianku, apa relevenya aku terus membujang andai jiwaku sering kesah.

dan sesudah akad itu, aku seperti mahu melaung gah kebebasan bersamanya yang ku perolehi kini. aku tidak perlu takut lagi pada dosa bersama tanpa ikatan, dia milikku kini. aku lebih kusyuk melakukan ibadah, dan jiwaku kembali tenang seperti zaman awal persekolahanku dulu. pernahkah kalian mendengar tentang 3 musuh utama manusia? harta, pangkat, dan wanita? dan tetapi antara 3 itu, yang paling utama ialah wanita.. kerana apa wanita itu musuh? kerana dengan dia kita akan ke neraka dek nafsu yang tidak dapat di kekang. yang berlebai sekali pun jangan angkuh mengatakan aku tidak akan terjerat selagi imanmu belum teruji.

Saudara maupun saudari, dunia hari ini, dunia pancaroba, dunia hari in dunia penindasan, dunia hari ini dunia penuh kemaksiatan, aku takut menempuhi segalanya pada hari ini, yakinkah kita dengan dosa dan noda yag kita ulangi hari2 bakal menjamin kita ke syurga firdausi? dan andai di saat ini izrail datang menjemput sudah bersediakah kitA? sedar mahupun tidak, kita hari ini hidup bergelumang dengan dosa, bagai tiada tempat untuk kita di ketujuh2 syurga allah.
dan allah tetapkan 3 penyelamat kita di akhirat nanti, hanya 3 ini yang dapat menyelamatkan kita, pertama ilmu yang diperuntukkan untuk kebaikan, bergembiralah wahai penyampai2 ilmu.. harta yang diperuntukkan untuk kebajikan, dan yang ketiga anak yang soleh. kejar lah antara ketiga2 ini.