Selasa, 3 April 2012


Kawan,
kali ini aku di uji lagi
ujian yang maha berat untuk ku tempuhi
terduduk menangis aku sendiri
menempuh dugaan tiada siapa mengerti

kawan
jika aku singkapkan satu persatu nostalgia hati
yang kian berabad aku genggami
mahukah kamu cuba mendalami?

November 2009
bagaikan panahan halilintar
aku dihantar dengan pemergian ayahandaku yang teramat dikasihi
terlantar aku menanggung bebanan yang pernah digalas seorang suami
terkedu aku melihat tagihan 8 anak yang meratap pemergian abi
aku di uji kawan
aku redha dengan ketentuan
walau dihadapan yang penuh dengan bayangan kegelapan.

kawan
ku cuba merangkak meniti satu persatu perjalanan
ku atur seribu strategi mengisi kekosongan
berlagak tabah satu persatu ujian
walau di fikiran penuh kebuntuan.

Jun 2011
sejuta kesyukuran ku panjatkan buatmu tuhan
megisi jiwa tertekan dengan belaian seorang insan
insan yang sah berada di pelukan
dia insan tersayang
tempatku meluah segala hambaran dunia
dia insan tersayang
tempatku mengukir erti bahagia

namun
aku di uji lagi
dia menghidap penyakit duniawi
terduduk aku
tersungkur aku
meredhai pemberian ujian ini.

Dan hari ini
diari perjalananku kian dihimpit
aku seperti kehilangan dakwat untuk terus berpuisi
seperti nelayan berdayung tanpa dayungan
terus dibuai hanyut tiada tahu hala tuju
ku cuba mengangkat layar
agar ku tahu perjalanan sampan
angin pula tiada bertiupan.

kawan
adakah aku akan tertewas?
atau ini semua sekadar pengalaman untuk mengajarku
akan erti kehidupan?
atau balasan atas kehidupan lampau yang penuh kejahatan?

tiada apa lagi yang yang dapat ku lakukan
melainkan terus akur dengan ketentuan
yang di atur oleh sang pencipta
buat manusia yang digelar hamba
sekadar perkongsian
jua sekadar luahan
dari seorang teman.......






Selasa, 13 Mac 2012

MURTAD DI UPM!

Murtad Akibat "Holy Water"!



Assalamualaikum..
Petikan ini saya ambil dari apa yang ditulis oleh pelajar UPM sendiri, terasa saya bertanggungjawab untuk kongsikan kepada semua saudaraku sekalian, kebenaran itu untuk disebar bukan untuk disimpan jika ianya seharusnya diketahui. Tidak kira cerita dulu, sekarang ataupun bila-bila.

Baca dan hayatilah apa yang mereka lalui, saya rasa sedih sangat dengan apa yang berlaku, bagaimana dengan mereka yang tidak pernah menduga mahupun meminta jadi bergini dalam kehidupan mereka, dianiayai oleh manusia behati busuk dan jahat! "Holy Water" digelar air setan! apa yang terjadi, jika diberi dengan cara tanpa mereka sedar, alangkah terlalu jahat manusia yang berhati iblis kerana melakukan perbuatan terkutuk ini.

Bacalah Mesej ini:

ASSALAAMU'ALAIKUM semua,
Selepas baca, sila panjangkan segera kepada sahabat-sahabat. Semoga Allah SWT memelihara kita dan generasi kita yang akan datang.Tolong jangan pandang remeh terhadap perkara ini; "Sesal dulu pendapatan; Sesal kemudian tiada berguna.

MESSAGE DARI STUDENT UPM.

ASSALAAMU'ALAIKUM semua. Sahabat-sahabat sekalian!Berikut adalah berita terkini tentang suatu isu tergempar yang dapat kami ceritakan secara ringkas.Isu tergempar ini adalah berkenaan apa yang sedang berlaku di UPM tentang gerakan Missionaries (kristianisasi) yang begitu giat bergerak. Kepada sesiapa yang pernah berkunjung ke UPM, pastinya anda akan sedar bahawa di pintu masuk UPM 'tersergamnya' sebuah gereja!Inilah satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia yang 'mempunyai' geraja.
Apa yang lebih menyakitkan hati lagi membimbangkan, gereja tersebut bakal diperbesarkan.Pada mulanya, gereja itu menerima peruntukan bernilai RM 1 juta, namun mengikut perkembangan terbaru, peruntukan tersebut telah dinaikkan kepada RM 3 juta!Inilah isu yang sedang kami tentang habis-habisan! Namun, sebaliknya pihak gereja sedang mengumpulkan tandatangan sebagai justifikasi terhadap gerakan mereka yang kononnya dilakukan atas dasar ingin membantu golongan miskin, mangsa rogol, anak yatim dan sebagainya. Inilah salah satu perkara yang amat kami gusarkan. Kami sedang memikirkan penyelesaian yang terbaik buat waktu yang terdekat ini. Setakat ini, sudah terdapat lima kes pelajar Matrikulasi UPM menukar agama kepada kristian!Dan apa yang malang, kesemuanya adalah pelajar Siswi. Apa yang lebih menyakitkan hati, para Missionaries yang menyebarkan dakyah kristian ini menggunakan taktik kotor. Mereka menyelinap masuk ke dalam bilik asrama dan mencampurkan 'holy water' ke dalam sebarang bekas air pelajar seperti jag air, flask, dan seumpamanya.
Perkara di atas begitu serius, dan dilaporkan terdapat satu kes di mana sehingga kesemua anggota sebuah dorm tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah akibat terminum air yang dijerang di lobi (yang telah dicampurkan 'holy water' oleh Missionaries laknatullah ini). Lantaran itu, para pelajar Islam di UPM ini sentiasa perlu berwaspada serta berasa amat cemas dan Tidak selamat berdasarkan perkembangan terbaru ini. Kami, sesetengah pelajar UPM, terpaksa membuat rondaan malam, bagi mengesan dan menjejaki kegiatan Missionaries ini dan seterusnya mengambil tindakan sendiri sekiranya pihak UPM tidak berbuat apa-apa bagi menangani hal ini.
Berdasarkan pemantauan kami, terdapat satu kejadian di mana terdapat sebuah kereta Kancil berwarna merah, meronda kawasan Kolej beberapa kali sekitar tengah malam.Kereta tersebut dipandu lelaki tua berbangsa Tionghua berkepala botak, manakala di sebelahnya pula duduk seorang perempuan tidak bertudung kepala.Jika tidak memikirkan akan berlakunya huru-hara, mahu sahaja kami bakar gereja tersebut (jika diturutkan hati kami yang marah ini). Kepada para pembaca, tolonglah doakan sekali akan keselamatan kami dan para pelajar Islam UPM yang lain. Dan doakanlah pelajar-pelajar yang telah memeluk agama Kristian itu kembali ke pangkal jalan.
Baru semalam kami mengadakan program solat hajat secara beramai-ramai di Kolej. Namun begitu, apa yang lebih menyedihkan, kami tidak mampu berbuat apa-apa bersifat 'offensive' terhadap perkara ini.Kesemua pelajar yang telah menukar agama itu sudah pasti telah melebihi had umur 18 tahun. Jadi, mengikut undang-undang negara kita, mereka bebas memilih agama masing-masing dan sebaliknya orang yang memaksa mereka kembali kepada agama Islam boleh didakwa!Ikhtiar kami yang terakhir ialah dengan berbanyak-banyak berdoa kepada Allah SWT agar Allah menyelamatkan kami daripada fitnah besar ini. Kami tidak sanggup melihat pada sesi pengajian akan datang, para pelajar junior kami terdiri daripada Melayu kristian!Doa kalian juga amat-amat kami harapkan. Sedih benar rasanya apabila mengenangkan 'tragedi' ini.Semoga berjumpa lagi.
P/S:Tolonglah 'forward'kan e-mail ini kepada sahabat-sahabat kita. Tolonglah hindarkan anak-anak Melayu ISLAM kita daripada termakan racun dakyah kritianisasi ini, di samping kita juga perlu menjaga diri kita sendiri.INSYA-ALLAH setiap usaha yang murni kerana ALLAH, akan diberkati!
Yang menghantar jenazah ada tiga macam, yang dua kembali, satu tinggal menemaninya. Yang menghantar ialah keluarganya, hartanya pulang dan yang tinggal menemaninya ialah amalannya. (Sahih Muslim)

Selasa, 15 November 2011

Utusan Malaysia Online - Forum

Pelajar KUIS dakwa terseksa (Utusan Online)

SAYA merupakan salah seorang mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan kini berada di tahun akhir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian).

Saya amat tertarik dan tersentuh dengan luahan hati seorang ibu kepada pelajar KUIS yang mengadu tentang masalah kewangan yang menimpa anaknya di KUIS dan beberapa kepincangan yang berlaku di KUIS yang telah disiarkan di sebuah portal berita baru-baru ini.

Saya selaku salah seorang mahasiswa di KUIS berasa terpanggil untuk turut meluahkan beberapa permasalahan yang telah menghantui mahasiswa di KUIS.

Antara masalah yang begitu merunsingkan mahasiswa di KUIS adalah mengenai ‘paksaan’ untuk mewajibkan semua pelajar supaya tinggal di asrama pada sesi kemasukan yang akan datang iaitu pada awal November ini.

Sebenarnya paksaan untuk mewajibkan semua pelajar tinggal di asrama ini telah bermula pada sesi yang lepas, namun ia semakin diketatkan pada sesi kemasukan yang akan datang.

Paksaan untuk mewajibkan pelajar untuk tinggal di asrama ini ditentang keras oleh kami kerana bebanan yuran asrama yang semakin tinggi dan ia tidak termasuk dengan yuran pengajian lagi. Sebagai contoh, asrama di KUIS mempunyai empat jenis iaitu A, B, C & D. Asrama jenis D adalah yang paling murah sekali di KUIS.

Jika sebelum ini yuran asrama jenis D ini berjumlah RM550 setiap seorang (4 orang untuk 1 bilik), kini yuran asrama jenis D tersebut telah meningkat kepada RM700 lebih setiap seorang (tanpa ada penambahbaikan pada asrama jenis tersebut). Kenaikan ini juga berlaku kepada asrama jenis A, B & C yang yurannya mencecah kepada lebih RM1,000.

Masalah kewangan yang dialami oleh pelajar KUIS ini telah menjadi semakin teruk apabila ada sebilangan pelajar yang gagal mendapat pinjaman kewangan dan ia ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi dengan terpaksa menanggung kos pembelian buku-buku pengajian dan yuran pengajian di KUIS yang mahal serta sentiasa meningkat saban tahun (pernah meningkat sebanyak 100 peratus).

Selain itu, akibat daripada kekangan kewangan yang menimpa mahasiswa di KUIS, bukan sahaja terdapat sebilangan pelajar KUIS yang terpaksa bekerja separuh masa untuk menanggung kos sara hidup yang tinggi dan yuran yang mahal di KUIS, malah terdapat juga beberapa mahasiswa yang terpaksa menangguhkan pengajian dan berhenti pengajian di KUIS akibat daripada masalah kewangan yang telah menimpa mereka.

Oleh yang demikian, saya selaku antara ribuan mahasiswa KUIS yang terseksa dengan masalah yuran, kewangan dan kos sara hidup yang tinggi di KUIS ini mengharapkan supaya pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti pihak pengurusan tertinggi KUIS dan kerajaan Selangor dapat mengambil tindakan susulan dengan secepat mungkin untuk menangani masalah ini.

MAHASISWA TERSEKSA

KUIS

Khamis, 29 September 2011


RAHSIA SOLAT YANG KITA TIDAK TAHU


Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan,
dan air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia SOLAT, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam
kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir
di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A.W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"